Tuesday 26 July 2011

AL-FATIHAH...


Photo by azmanms
Sambil minum teh tarik dan menunggu hujan reda di kafetaria tadi, kita berbual-bual dengan dua orang kawan. Topiknya simple saja iaitu al Fatihah dalam solat. Kami bertiga pada mulanya bersetuju bahawa membaca surah al Fatihah adalah rukun solat. Masalahnya bila jadi rukun dan sengaja ditinggalkan maka batallah solat tersebut.
 Di sinilah bermulanya percanggahan pandangan kami yang sama-sama jahil...
..


Seorang kata kena sujud sahwi dan solat itu sah. Seorang kata sujud sahwi hanya bila kita tertinggal sunat-sunat ab'az iaitu tahayat awal atau doa qunut. Seorang lagi kata tak payah sujud sahwi dan solat itu sah sebab terlupa dan jika bacaan al Fatihah itu rukun yang tidak boleh ditinggalkan mengapa makmum masbuq tidak perlu baca al Fatihah bila imam hampir atau sedang rukuk dan makmum dikira mendapat rakaat tersebut.

kemudian kawan kita yang ketiga itu kata bila menjadi makmum kita tidak payah baca al Fatihah seperti kebiasaan sesetengah orang yang membacanya selepas sama-sama melafazkan 'amiiin' bersama-sama imam. Kata kawan kita itu 'haram' membaca apa-apa pun bila imam sedang baca ayat al Quran (surah selepas amiin). Kata seorang lagi wajib baca al Fatihah kerana ia rukun dan mendengar bacaan imam (surah selepas amiin) adalah sunat.

Hujan makin reda dan kami terpaksa berpisah kerana tiba-tiba muncul pula satu ruksyah baru bernama Jamak Ta'yah.

abang Long - masih jahil.....

Jawapan:-
Assalamu'alaikum

Baca Fatihah adalah rukun dlm solat. Jika tak baca dgn sengaja maka tak sah solat. Jika betul-betul terlupa dan tertinggal bacaan Fatihah maka perlu diulangi (buat semula) solat tersebut apabila teringat. Seperti juga kita terlupa berwuduk (rukun solat). Maka apabila teringat hendaklah diulangi (buat semula) solat tersebut, tapi ambillah wuduk tu dulu.

Keadaan berbeza apabila kita solat berjemaah. Di sini ada sedikit perbezaan pendapat oleh Ulama'. Ada pendapat mengatakan bacaan Fatihah ditanggung 100% oleh Imam. Maka jika makmum tak baca, maka masih sah solat. Sebab itulah bacaan Imam perlu betul. Jika Imam confirms baca tak betul Fatihah, maka makmum boleh mufarakah (keluar dan solat bersendirian). Dan bacaan Fatihah oleh makmum sendirian selepas bacaan Imam adalah sunat (mengikut pandangan sesetengah Ulama'), tapi ada juga mengatakan tidak perlu kerana mendengar bacaan surah lain oleh Imam adalah lebih sunat atau wajib. Ini berdasarkan sebuah Hadith oleh Rasulullah SAW yg mengatakan apabila al-Quran dibacakan kpd kamu maka hendaklah kamu diam & mendengarkannya (au qama qal). Saya pernah ditegur oleh Sheikh Arab masa study dulu. Masa tu saya pasang kaset al-quran tapi saya sedang makan. Maka ditegurnya "Kamu nak makan ke nak dengar Quran?" Sama le jugak kita pasang kaset quran dlm kereta, tapi pada masa yg sama berborak dgn kawan. Amat tidak menghormati Quran.

WaAllahu A'lam. 

No comments:

Post a Comment