Sunday, 24 July 2011

NAZAK JIWA

Kampung Teluk Batu Lenggong, Perak. Malaysia.

Ramadhan…
Bagai semalam aku ditinggalkan
Tiba-tiba hari ini anak bongsu menghitung taqwim di dinding
…”abah lagi enam hari”..
Harum mu menyusuk nurani alpa ku

Jauh di sudut hati bagai direntap-rentab
Mana mungkin spesis seperti aku menyambut ramadhan
Dengan rasa iman dan aman
Apa yang terbayang di anganan..
…berapa ribu sebulan tahun ni..

Di bumi bertuah ini tempat bangsa seperti aku dilahirkan ini
Ramadhan bulan berpesta timbunan dan longgokan makanan
Lebih sebulan yang lalu…
Tapak jajaan berbagai lantakan mata yang perut seharian dikosongkan
Telah habis direbut makhluk spisis seperti aku
Rasa tidak layak dinamakan bazar ramdhan..

Inilah fenomena dan yang pastinya realiti
Bulan mengumpul, meningkat dan merebut timbunan dari Rob
Telah ditukar rakus bertungkus lumus
Menjadikan hidangan jajaan pembuka selera mata perut yang sengaja kosong

Nazak benar rasa jiwa ini
Semua ini terpaksa aku gelumangi sepanjang ramadhan
Setiap tahun disini,
Spesis seperti aku
Penjaja bazar ramadhan

Bongkar Rasa:
Azmanms
Ipoh
25/7/11
Kampung Teluk Batu Lenggong, Perak. Malaysia

No comments:

Post a Comment